Salam,
Nampaknya semakin ramai artis malaysia ni dah berubah gaya hidup. Syukur dengan perubahan mereka ini. Harap perubahan yang di bawa mereka berkekalan sehingga akhir hayat. Kita sememangnya mengalu-alukan perubahan dan 'penghijrahan' artis-artis ini. Yang terbaru di katakan pelakon terkenal iaitu pierre andre dan eizlan yusof. Bagus la mereka dan 'kembali' ke pangkal jalan.
Cuma aku kurang gemar kalau ada artis yang berhijrah tetapi banyak mengutuk/mengeji kesalahan orang lain. Aku malas la nak sebut nama artis tu. Kalau kita betul2 berhijrah, kita kena cermin diri kita dulu bahawa kita berhijrah adalah untuk membetulkan diri kita yang dulu kita pernah buat silap dan sebagainya. Ada yang belum setahun berhijrah dah mula kata orang ni salah atau orang tu salah.
Bagi aku penghijrahan adalah sesuatu process mengembalikan diri kita kepada jalan ISLAM yang sebenar. Menginsafi perbuatan lampau dan bertaubat atas segala kesalahan yang kita telah buat.
Mungkin ada yang setuju atau tak dengan aku. Tapi ini pendapat aku sahaja dan cara aku yang sebenar.