Lagenda bola sepak dunia dan antara pemain bola sepak yang masyhur iaitu David Beckham mengumumkan untuk bersara dari dunia bola sepak profesional. Persaraan David Beckham ini sudah di jangka kerana faktor umur yang sudah melebih 35 tahun. Ia adalah umur puncak bagi seseorang pemain untuk bermain di atas padang dan memberi 100% tenaga di atas padang. Mungkin David Beckham boleh meneruskan karier bola sepaknya dengan menjadi salah seorang pengurusan pembangunan pemain bola sepak negara nya.
Berikut adalah sejarah perjalan karier David Beckham dalam dunia bola sepak negara dan dunia. Cayokkkk David Beckham !!!
1991: Sertai Manchester United sebagai pelatih.
1992: Membuat penampilan pertama menentang Brighton dalam Piala Liga pada 23 September. Menang FA Youth Cup.
1993: Tandatangan kontrak profesional di Old Trafford.
1995: Sertai Preston atas pinjaman pada bulan Februari dan menjaringkan dua gol dalam lima perlawanan.
1996: Membantu United untuk memenangi Liga Perdana dan Piala FA. Menjaringkan gol dari garisan tengah menentang Wimbledon
1997: Memenangi Liga, diundi sebagai PFA Young Player of the Year.
1998: Menjaringkan gol pertama England melalui sepakan percuma menentang Colombia di Lens pada 26 Jun. Dibuang padang ketika menentang Argentina.
1999: Membantu United memenangi Liga Perdana, Piala FA dan Piala Eropah. Naib juara dalam anugerah Pemain Terbaik Dunia di belakang Rivaldo.
2000: Memenangi kejuaraan Liga keempat bersama United dengan rekod 18 mata. Dinamakan sebagai kapten England untuk perlawanan persahabatan bulan November dengan Itali di Turin dibawah pentadbiran Peter Taylor.
2001: Memenangi Liga Perdana Inggeris dengan United. Oktober - Menjaringkan gol saat-saat akhir menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter menentang Greece di Old Trafford untuk melayakkan England ke pusingan akhir Piala Dunia.
2002: 11 Mei - Tandatangan kontrak baru selama tiga tahun bersama United yang dilaporkan bernilai antara £ 90,000 dan £ 100,000 seminggu. 7 Jun - Menjaringkan gol melalui sepakan penalti di Piala Dunia pada perlawanan peringkat kumpulan Dunia menentang Argentina untuk kemenangan 1-0. England tunduk di peringkat suku akhir di tangan pemenang Brazil.
2003: Sir Alex Ferguson tidak sengaja menendang but ke muka Beckham kerana kecewa kalah kepada Arsenal di persaingan Piala FA. 14 Jun - Dianugerahkan OBE Kepujian pada Hari Lahir Queen Elizabeth untuk jasanya kepada bola sepak Enland. 17 Jun - United mengumumkan mereka telah menerima tawaran £ 25million dari Real Madrid untuk Beckham.
2004: 24 Jun - Terlepas sepakan penalti ketika England tewas kepada Portugal dalam Euro 2004 suku akhir di Lisbon. 2005: Menjadi Kapten England buat kali ke-50 dalam perlawanan persahabatan menentang Argentina di Geneva. 2 Julai - Dilucutkan sebagai kapten England. 11 Ogos - Tidak dicalonkan didalam skuad England pada perlawanan persahabatan menentang Greece, perlawanan pertama Steve McClaren sebagai pengurus.
2007: 11 Januari - Beckham mengumumkan dia akan meninggalkan Real Madrid dan menyertai Major League Soccer kelab Los Angeles Galaxy dengan kontrak selama lima tahun pada bulan Ogos. 13 Jan - Jurulatih Real Madrid, Fabio Capello berkata Beckham tidak akan bermain untuk kelab lagi. 26 Mei - Steve McClaren membuat kejutan denagn memanggil Beckham menyertai semula skuad England untuk perlawanan menentang Brazil dan Estonia. Jun - Menang kejuaraan La Liga bersama Real Madrid, setelah kembali mendapat tempat dalam pasukan. OGOS 16 - Beckham menjaringkan gol pertamanya untuk Galaxy debut penuhnya pada separuh akhir Super Liga menetang DC United menerusi sepakan percuma.
2008: 26 Mac - Mendapat cap ke-100 dalam perlawanan persahabatan menentang Perancis. 30 Okt - AC Milan mengumumkan Beckham akan menyertai mereka ke atas pinjaman pada 7 Januari, 2009.
2009: 11 Januari - Membuat kejutan pada penampilan pertama untuk Milan di Serie A ketika 2-2 seri di Roma. 9 Mac - AC Milan mengumumkan bahawa di bawah perjanjian 'timeshare' yang unik, Beckham akan tinggal bersama mereka di Itali sehingga akhir musim ini, kembali ke Galaxy dari Julai hingga Oktober dan kemudian menyertai semula kelab Serie A itu bagi kemnpen 2009/10. 28 Mac - Datang sebagai pemain gantian separuh masa menentang Slovakia di Wembley untuk memenangi cap ke-109 bersama England dan memecahkan rekod Bobby Moore.
2010: 14 Mac - Mengalami koyakan pada tendon Achille ketika menang 1-0 AC Milan ke atas Chievo - kecederaan yang membuatkan dia keluar dari senarai skuad Piala Dunia.
2011: 20 November - Menang MLS Cup bersama LA Galaxy menewaskan Houston Dynamo 1-0 pada perlawanan akhir. 31 Disember - perjanjian selama lima tahun di Galaxy tamat. 2012: 19 Januari - Tanda tangan kontrak baru dengan Galaxy. 28 Jun - Umum dia tidak dimasukkan dalam skuad Team GB untuk Sukan Olimpik. 1 Disember - Menamatkan khidmat di MLS dengan bergaya apabila memenangi MLS Cup kedua dengan kemenangan 3-1 ke atas Houston Dynamo.
2013: 31 Januari - menandatangani kontrak lima bulan dengan Paris St Germain, mendedahkan pada sidang akhbar yang beliau akan bermain tanpa gaji, menderma apa yang dia usahakan untuk kebajikan kanak-kanak di ibu negara Perancis. 24 Feb - Membuat debut PSG sebagai pemain gantian menetang Marseille. 2 April - Bermain di Liga Juara-Juara suku akhir pertama menentang Barcelona. Merupakan permainan terakhirnya di Eropah. 12 Mei - PSG merangkul gelaran Ligue 1 dengan kemenangan 1-0 ke atas Lyon. Beckham menjadi pemain Inggeris pertama yang memenangi kejuaraan liga di empat negara yang berbeza. 16 Mei 2013 - Mengumumkan persaraan beliau dari bola sepak.